"Permohonan tukar jantina"
Bila jd perkara mcm ni, sapa y ptt disalahkan?
Ad satu kisah berlaku pada zaman seorang khalifah di zaman nabi, ada seorang ni hamba Allah telah berkahwin dengan seorang khunsa..yg lebih kepada perempuan kemudian, sbg hadiah perkahwinan, dia telah menghadiahkan isterinya (khunsa tersebut) dgn seorang hamba wanita..tak lama kemudian, khunsa tu telah mengandung dan melahirkan seorang anak..tetapi kekecohan berlaku apabila khunsa tersebut telah berlaku curang dgn hamba wanita tersebut sehingga hamba tersebut mengandung! maka dipanggil khalifah tersebut untuk menetukan kesahihan nya.. dan setelah diteliti, didapati khunsa tersebut boleh dijimak dan menjimak, boleh mengandung dan mengandungkan orang...tak tau jantina apa dia..jadi untuk menentukan jantina khunsa tersebut, khalifah tersebut telah membilang tulang rusuk yg ada pd dia kalau terlebih dia pompuan, kalau terkurang dia laki sbb, masa kejadian hawa dulu, tulang rusuk adam telah diambil utk menjadikan hawa..habis didapati, dia lebih kepada lelaki...jadi sahlah dia khunsa 'lelaki' dan dia dipisahkan dari suaminya, terpaksa bercerailah..
Tp dalam kes AshrafHaffiz ni,cm ne dye nk wat loan, nk keluar negara, nk wat mcm2 pn ssh kalo jantina skunk x sama dgn dlm IC...ade tertulis dlm hadis n al-Quran y tukar jantina tu haram..
Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina
- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).
Bukti Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina
- Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).
- Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4)
tp kalo khunsa tu cam mane plak? maknenye dye ttp x boley tkr walaupn dye lebey cnderung pada salah satu jantina?
::wondering::