Lawak..Kreatif...Unik...


Fly Ranch Geyser



Terbentuk pada tahun 1916. Kolam air panas yang terletak di ketinggian 3907 kaki dan seluas 1000 batu persegi.Menghasilkan air panas yang mengandungi campuran mineral yang membentuk gunung yang berwarna-warni yang sentiasa berkembang danmembesar...



Loghat Utara vs Pantai Timur

Loghat mana y munasabah?
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate)
Bahasa Melayu standard:

Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

Loghat Utara:

Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

Loghat Pantai Timur (kelate):

Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

Ape Komen anda?

Katil Maut

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...


Adlin Aman Ramli – Saksi ke 3


Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!



Pertunjukan Lawak

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "

Sampah yang berguna





 

Menarik pulak gmbr2 ni..boley jual kn benda2 ni...mcm kraft tangan..


Kreatif!!

pergh...x sakit ke la dye ni wat gini....haish...kesian lidah tu...kreatif  y salah





selesa nye...hehe...kalo rumah ade toilet cam ni, jawabnye, tempat lepak dalam toilet je la..




cantik kn merak ni...kuasa tuhan y menjadikan dye sungguh santik..@_@ (kagum)


...MEREKA2 YANG UNIK..





Franz Reichelt (1912)
A man wearing a frame draped in material.

Mati kerana menurut nafsu

Seorang penjahit dari Perancis cuba membuktikan dengan pakaian buatan dirinya semua orang boleh terjun dengan selamat dari tempat yang tinggi.





Lalu dia mencari tempat yang tinggi untuk membuktikannya. Oleh kerana sewaktu itu Menara Eiffel adalah tempat yang paling tinggi, jadi dia memutuskan untuk buat lompat dari menara tersebut. Namun sayangnya, apa yang dia fikirkan bakal jadi percubaan terhebat ternyata gagal dan dia akhirnya mati terhempas kerana pakaian yang direka tidak menepati cirici yang ditetapkan.









Bando Mitsugoro VIII (1975)





Seorang aktor di Jepun yang terkenal pada tahun 1975 bersama rakannya pergi ke sebuah restoran dan memesan empat ikan buntal hidup. Dia mahu membuktikan dia boleh makan ikan tersebut hidup-hidup.



Di Jepun mereka mempunyai teknik memasak ikan buntal walau pun ikan buntal yang beracun itu tetapi bukan memakannya hidup-hidup. Jika makan seekor saja boleh membawa kematian apa lagi kalau empat ekor.



Setelah 7 jam Mitsugoro lemah, menurut data forensik, Mitsugoro tetap sedar meskipun dalam keadaan lemah ketika keracunan, dia ” lumpuh sehingga akhirnya mati perlahan-lahan”, kematiannya benar-benar menyakitkan.


Jeff Dailey dan Peter Burkowski (1981)




Dua sahabat ini adalah peminat ekstrem game arcade Berzerk. Berzek adalah game arcade yang hangat di tahun 1980. Jeff dan Peter berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi sehingga akhirnya….
Jeff ditemui meninggal dunia kerana serangan jantung setelah mendapatkan skor tertinggi 16,660.

Selepas 2 tahun Peter berhasil mengalahkan markah Jeff, namun malangnya,kerana kepenatan Peter terkena serangan jantung sama seperti apa yang dialami Jeff. Dan dia pun meninggal…


Jennifer Strange (2007)

isu hangat

Pada tahun 2007, sebuah stesyen radio KDND 107.9 di California mengadakan sebuah pertandingan bertajuk “Hold Your Wee For a Wii” yang konsepnya ialah mesti menahan kencing selama mungkin setelah minum beberapa botol air Dan sebagai hadiahnya adalah permainan nintendo wii. Permainan yang hot semasa itu.

Pertandingan ini menarik perhatian Jennifer, iaitu seorang ibu yang mempunyai anak yang berniat jika menang permainan nintendo itu boleh menjadi hadiah terbaik buat anaknya. Dia pun menyertai pertandingan itu, tapi apa yang terjadi..

Jennifer meninggal kerana apa yang dipanggil dengan “Water Intoxication” atau keracunan air. Jadi kerana terlalu banyak air yang masuk kedalam tubuh menjadikan ketidakseimbangan di dalam otak.

Semua pihak yang terlibat dalam rancangan di stesyen radio berkenaan dipecat.


Christopher Mccandless (1992)




Ada beberapa orang yang punya motivasi untuk hidup di alam bebas, dekat dengan alam dan jauh dari peradaban. Dan Chris adalah salah satu orang itu..Dia memutuskan untuk membuang keduniaan dan memulakan menjalani hidup baru di alam bebas tanpa bantuan siapapun. Meninggalkan pendidikan, rakan dan keluarganya sendiri.

Tanpa persiapan yang lengkap, ia boleh menjadi bencana. Inilah yang terjadi dengan Chris, kerana tidak punya pengalaman langsung dan juga kekurangan peralatan yang dibawa menjadikan dia terdesak dan mulai kelaparan.
Setelah hampir empat bulan bertahan hidup dengan hanya memakan biji-bijian dari tumbuhan, Chris pun akhirnya mati kerana kelaparan. Dua minggu setelah itu mayatnya ditemukan masih berbungkus selimut oleh 2 orang pemburu yang kebetulan lalu di situ.

Sebenarnya hebat untuk mendekatkan diri kepada alam, tetapi pihak polis tidak menemui benda yg paling penting di dalam hutan iaitu kompas.


Sudha Chandran


Sudha lahir dari sebuah keluarga di Chennai, India selatan. Ia pengajian Ekonominya di Mumbai dengan gelar Master. Ketika perjalanan kembali ke Mumbai, ia mengalami kemalangan yang mengakibatkan kaki kirinya harus potong. Kemudian dia mendapatkan sebuah kaki palsu.Walaupun memiliki kaki buatan, dia mampu menjadi seorang penari yang cukup terkenal dan berjaya di India, dan masih menerima tawaran untuk menari di serata dunia. Ia juga telah menerima banyak penghargaan dan membintangi beberapa film India.


Marla Runyan



Kekurangan : Buta

Pada umur 9 tahun, Runyan menderita penyakit Stargardt yang menyebabkan ia buta. Walaupun buta, ia mampu merangkul gelaran Juara Nasional lumba lari 5000 meter wanita sebanyak tiga kali. dia memenangi 4 pingat emas pada Paralympics tahun 1992 lalu memenangi pingat perak dan Emas pada perlumbaan yang sama tahun 1996. Pada tahun 2000, dia adalah paralympian buta pertama yang bertanding di olimpiade Sydney Australia.

Vincent Van Gogh

Impressionist portrait painting of a mid to late 30s short haired, bearded man gazing to the right with an intense expression
Kekurangan : Keterbelakangan Mental

Vincent adalah seorang pelukis belanda dan dinobatkan sebagai salah satu pelukis terhebat yang pernah hidup. Lukisan-lukisan buatannya telah mempengaruhi banyak seni modern. Dalam 10 tahun kariernya,beliau telah malukis 1100 gambar dan 900 lukisan. Lukisan-lukisan miliknya adalah salah satu dari banyak lukisan yang paling mahal harganya di dunia : “Irises” yang dijual seharga 53.9Juta US$ dan Potret diri Dokter Gachet yang dihargai 82.5Juta US$.

Tetapi, nasibnya kurang baik kerana, Lukisan miliknya pada zaman itu dianggap tidak bernilai. Akhirnya Van Gogh tertekan dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa pada tahun 1889.Tekanan yang dialaminya bertambah parah dan akhirnya beliau bunuh diri pada usia 37 tahun pada Julai, 27 1890. Kata-kata terakhirnya adalah “kesedihan ini akan bertahan selamanya”


Ludwig Van Beethoven


Kekurangan : Tuli

Beethoven ialah salah satu pengarang lagu terhebat sepanjang sejarah. Ia melakukan pertunjukkan pertamanya sebagai "pianist" pada usia 8 tahun. Pada usia 20an beliau menjadi terkenal sebagai seorang pianis handal yang memiliki bakat tak terduga dan improvisasi yang menakjubkan. Tetapi pada tahun 1796, Beethoven mulai kehilangan pendengarannya. Hal tersebut malah membuatnya lebih termotivasi untuk menciptakan berbagai karya musikal yang terkenal sampai sekarang : the 9th Symphony, the 5th Piano Concerto, the Violin Concerto, the Late Quartets, and his Missa Solemnis. Dan dia mencapai semua ini sedangkan beliau telah menjadi tuli selama 25 tahun atau lebih.


Frida Kahlo


Kekurangan : Polio

Frida adalah seorang pelukis mexico yang kebanyakan karyanya adalah lukisan yang menggambarkan duka yang mendalam di dalam hidupnya. Beliau kerap menggunakan warna-warna yang terinspirasi oleh kebudayaan mexico. Frida terkena polio pada usia 6 tahun, yang menyebabkan kaki kanannya lebih kecil daripada kaki kirinya. Kekurangannya ini ditutupi dengan mengenakan rok panjang yang berwarna warni. Selain polio, ia juga menderita penyakit Spina Bifilda yang mengakibatkan rasa sakit pada tulang punggung dan kaki dan membuatnya hampir tidak boleh berjalan. Walau pada akhirnya beliau dapat kembali berjalan, beliau mengaku telah menderita sakit yang sama seumur hidupnya.



Christy Brown


Kekurangan = Cerebral Palsy

Christy Brown adalah seorang Pengarang, Pelukis, dan penyair berasal Irlandia yang menderita Cerebral Palsy, yang membuatnya tidak dapat bergerak dan bercakap secara normal. Para doktor menyatakan bahawa dia juga memiliki keterbelakangan mental. Namun ibunya tetap mencuba berinteraksi dengannya, mengajarnya berbagai hal. Pada suatu hari beliau menyambar sebatang kapur dari tangan kakaknya dengan kaki kirinya dan membuat tanda dengan kapur itu.



Sampai umur 5 tahun hanya kaki kirinya yang bisa bergerak . Ia menggunakan kaki ini untuk berkomunikasi, yang akhirnya ia jadikan judul otobiografinya, “My Left Foot”.


Jean-Dominique Bauby




Jean – Do adalah seorang Editor, penulis dan jurnalis kenamaan dari majalah Prancis ELLE. Pada tahun 1995, ia menderita serangan jantung yang sangat parah dan mengakibatkan beliau jatuh ke dalam koma selama 20 hari. Setelah bangun dari koma, beliau mendapati dirinya menderita satu sindrom saraf yang sangat teruk bernama Locked In Syndrome. Sindrom ini membuat si penderita lumpuh seluruh badan, namun tetap memiliki pikiran yang sadar. Jean-Do tetap dapat mengedipkan matanya. Dalam waktu itu juga, Jean-Do tetap mampu menulis sebuah bukua berjudul Diving Bell and the Butterfly dengan cara Mengedipkan matanya ketika penulis yang membantunya menunjuk huruf yang benar. Jean-Do harus mengedit dan mengarang buku tsb sepenuhnya dalam kepalanya, huruf demi huruf. Jean-Do meninggal 2 hari kemudian setelah buku tsb di relese.


Stephen Hawking


Kekurangan : Penyakit Motor Neuron

Stephen William Hawking adalah seorang ilmuan fisika ternama asal Inggris. Buku-buku dan penampilan publiknya telah menjadikannya selebriti akademis. pada tahun 2009 beliau juga mendapatkan Medal presidenstial atas kebebasan. Saat masih menempuh pendidikan di Cambridge, Stephen Hawking terjatuh dari tangga yang membuatnya menderita penyakit motor neuron yang membuatnya lumpuh. Ia lebih takut kehilangan "genius" nya sehingga lebih dahulu memeriksakan intelektualnya. Diagnosis penyakit sarafnya diketahui ketika umurnya mencapai 21 tahun, dimana ia mulai kehilangan kontrol atas tangan dan kakinya, sampai akhirnya ia lumpuh sepenuhnya pada tahun 2009.


Helen Keller



Helen Adamns Keller adalah seorang penulis, aktivis politik dan pengajar asal Amerika. Dia juga orang buta tuli pertama yang berhasil menyelesaikan pengajian seni, berkat jasa gurunya, Annie Sullivan yang berhasil mengajar Helen cara berkomunikasi tanpa bahasa. Ia mengajarkan Helen untuk berkomunikasi dengan mengeja huruf pada tangannya, dimulai dari huruf D-O-L-L untuk boneka yang diberikan oleh Sullivan untuk Helen pada hari lahirnya. Helen juga aktif menegakkan hak wanita, hak buruh, dan sosialisme. Pada tahun 1920,dia membantu pendirian American Civil Liberties Union (ACLU). Keller telah bertemu semua presiden amerika sejak Grover Cleveland sampai Lyndon B. Johnson. Dia. Ia juga merupakan teman baik dari beberapa orang kenamaan termasuk Alexander Graham Bell, Charlie Chaplin, dan Mark Twain.

Mengenai Saya

Foto saya
Amy Itsukey is a creature which is listed as 1 f the people on earth ..wanna share what she has with other...to laugh,to think and to do anything with people..not enough space to write...please enlarge da box~ Wink ~